SKRIP MALAYAN UNION

 


 



                                               

   MPU 11012

 PENGAJIAN MALAYSIA

    CLO 1 : MAIN PERANAN

 

 

      NAMA AHLI KUMPULAN : NUR AUNI IZZATI BINTI AZMANN (A06STK22F502)

                                                        SHALLY A/P EDWARD RICHARD (A06STK22F506)

                                         AISHAH BINTI ROSTAM (A06STK22F509)

                                                             ALEESYA SAFFIYA BINTI ABDULLAH (A06STK22F507)

 

           SUBJEK                        :  PENGAJIAN MALAYSIA

 

           TAJUK                           :   MALAYAN UNION.

 

           NAMA PENSYARAH  :   ENCIK ZAMARUZAMAN BIN MOHAMAD.

 

           TARIKH                         :  27.2.2023

 

CLO 1: MAIN PERANAN [25 markah]

 

ARAHAN AM:

 

1.  Tugasan ini adalah secara berkumpulan ( 4 - 5 orang).

2.  Hantar tugasan ini dalam format MP4 atau MOV bagi rakaman video lakonan dan    

     juga Microsoft ord bagi skrip lakonan.

3.  Laporan yang telah disediakan perlu dimuatnaik ke  blog subjek keusahawan.

4.  Pemarkahan adalah mengikut rubrik pemarkahan yang dibekalkan.

 

SOALAN :

 

1)Daripada sesi pembelajaran Topik 1 iaitu Sejarah Perjuangan Kemerdekaan,

    Pembentukan Malaysia dan Identiti Kebangsaan, pelajar dikehendaki :-

 

i.  Membentuk satu kumpulan 4 hingga 5 orang pelajar

ii. Memilih satu sub topik dan menghasilkan satu skrip lakonan atau jalan cerita bagi

      tujuan melakonkan watak yang terdapat dalam situasi tersebut.

iii. Membuat lahitan dan menghayati watak lakonan.

iv. Menyediakan pakaian dan prop yang bersesuian dengan cerita yang dipilih.

v.  Membuat persembahan didalam kelas.

vi. Masa persembahan tidak kurang dari 15 minit bagi setiap kumpulan.

vii. Membuat rakaman video semasa lakonan tersebut.

 

 

WATAK MALAYAN UNION

 

*    PENCERITA (SHALLY BABAK 1) DAN (AISHAH BABAK 2-4)

*    SIR HAROLD MACMICHAEL (SHALLY)

*    BRITISH MILITARY ADMINISTRATION-BMA (ALEESYA)

*    SULTAN MELAYU (AUNI) .

*    A.T. NEWBLOUT: PENTERJEMAH (ALEESYA)

*    GEORGE HENRY HALL ( SHALLY).

*    AHLI PARLIMEN 1 DAN 2 (AUNI DAN ALEESYA).

*    A.T. NEWBOULT (ALEESYA).

*    SULTAN JOHOR (AUNI).

*    KERAJAAN BRITISH (AUNI).

*    RAKYAT 1,2 DAN 3 (AUNI, ALEESYA DAN SHALLY).

*    PENDUDUK KAMPUNG 1 DAN 2 (ALEESYA, AUNI DAN SHALLY)

*    L.D. GAMMAS (ALEESYA)

*    REES WILLIAM (SHALLY)

*    RAKTAY TANAH MELAYU (SHALLY, AUNI DAN ALEESYA)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SINOPSIS MALAYAN UNION

 

 

             Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House Kuala Lumpur merupakan satu dasar baru yang telah pun dirangka oleh oleh Satu Unit Perancangan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada Julai 1943. Ia melibatkan beberapa siri rundingan yang telah diadakan di antara Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang untuk merangka satu sistem pentabdiran baru bagiTanah Melayu.

 

             Pada 31 Mei 1944, Kabinet Perang telah meluluskan syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukan oleh Unit Perancangan yang diketuai oleh Major-General H R Hone. Ia seterusnyamembawa kepada pengenalan Malayan Union yang telah pun diumumkan secara rasmi oleh George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan dalam Parlimen British pada10 Oktober 1945. Malayan Union sehinggakan hari ini masih diselubungi pelbagai misteri. Polisi yang telah dirancang ketika dunia masih dalam kancah peperangan dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja.

 

            Lantaran itu, kertas kerja ini menumpukan perbincangan kepada reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Di mana terdapat pelbagai reaksi yang timbul lantaran daripada dasar kontroversi British. Rata-rata orang Melayu menentang Malayan Union walaupun terdapat segelintir yang menyokongnya.Manakala penerimaan golongan imigran pula agak dingin dan pada masa yang sama, Malayan Union turut mendapat kecaman daripada bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BABAK 1

 

 PENCERITA : British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara kita selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu, British melaksankan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan Union yang mencetuskan bantahan besar-besaran daripada penduduk tempatan menyebabkan British menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 

PENCERITA : British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah tentera Jepun menyerah kalah. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Bersekutu di Asia Tenggara (1943-1946). Perancangan bagi hal ehwal awam di Tanah Melayu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Brigedier Jeneral H.C. Willan. Tugas BMA adalah untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat Tanah Melayu.

 

BMA : “Kami akan memberikan kesenangan, kemakmuran dan kedamaian kepada kamu semua penduduk Tanah Melayu. Kami juga akan memberi kestabilan rakyat.”

 

BMA: “Kamu semua harus beri kepercayaan kepada kami dan memberi kami peluang untuk menjaga Tanah Melayu ini.” Rakyat sebahagian bersorak gembira, sebahagian daripada mereka marah dan memberontak.

 

PENCERITA : “Tidak lama selepas itu, BMA mengalami kesukaran untuk mentadbir dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diharapkan oleh rakyat. BMA juga gagal membanteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan ketegangan kaum.” 

 

 

 

BABAK 2

 

Di Parlimen

 

GEORGE HENRY HALL : “Saya George Henry Hall, ,merangkul jawatan sebagai setiausaha ingin bentangkan tentang Malayan Union. Seperti yang kita tahu, BMA telah gagal mentadbir Tanah Melayu selepas tentera Jepun kalah. Jadi tibalah masanya untuk kita memulihkan keadaan sebelum rakyat Tanah Melayu memberontak dan tidak mempercayakan kita.”

 

AHLI PARLIMEN 1 : “Tapi bukankah penduduk Tanah Melayu sudah mula tidak mempercayakan kita? Bagaimana kita hendak beri kepercayaan baru kepada mereka sedangkan BMA pon sudah gagal dengan janji mereka kepada penduduk Tanah Melayu.”

 

GEORGE HENRY HALL : “Kita mesti mencari jalan lain untuk mendapatkan Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu mudah terpedaya dengan janji manis dan terpengaruh dengan kita. Jadi kita mesti menjayakan misi Malayan Union ini!”

 

AHLI PARLIMEN 2 : “Hidup Malayan Union!, Malayan Union pasti menang! Hidup British!”                              

 

 

 

 

 

 

BABAK 3

 

PENCERITA : Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih. Dalam Kertas Putih tersebut, Kerajaan British akan mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan sebuah pentadbiran berpusat (kesatuan) di bawah jajahn British.

 

PENCERITA : Kertas Putih membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London pada 22 Januari 1946. Antara perkara tersebut termasuklah konsep kesatuan, bentuk pentadbiran, sistem perundangan, kedudukan Raja Raja Melayu, syarat kewarganegaraan dan agama Islam.

 

SIR HAROLD MACMICHAEL : “Saya akan memastikan perjalanan ini berjalan dengan lancar dan kita akan mendapatkan kemenangan ke atas Tanah Melayu.”

 

A.T. NEWBOULT : “Saya yakin Tuan boleh mendapatkan kepercayaan mereka kerana mereka mudah terpengaruh dengan janji manis yang kita berikan kepada mereka. Jangan risau Tuan, sememangnya Tanah Melayu akan menjadi milik kita!”

 

Mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal Royalist.

 

SIR HAROLD MACMICHAEL : “Salam sejahtera Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Saya Sir Harold Macmichael datang menghadap Tuanku dengan satu hajat besar. Saya ingin bekerjasama dengan Tuanku untuk dapatkan semula keharmonian Tanah Melayu dengan satu perjanjian.”

 

SULTAN JOHOR : “Perjanjian apakah itu?”

 

 

 

SIR HAROLD MACMICHAEL : “Perjanjian ini merupakan perjanjian antara British dan Raja Raja Melayu. Kami ingin memberi kesenangan kepada Tuanku dan rakyat jelata Tanah Melayu. Tuanku hanya perlu tanda tangan untuk memberi sokongan terhadap perjanjian ini.”

 

Sultan Jojor menanda tangan tanpa sebarang soalan

 

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MELAYAN UNION

 

KERAJAAN BRITISH : Kami mengisytiharkan Malayan Union ditubuhkan pada tanggal 1 April tahun 1946. Semua Raja Raja Melayu telah menandatangan perjanjian yang termeterai dalam Kertas Putih ini. Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh kerajaan British. Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik yang selama ini menjadi hak Raja-raja Melayu.

 

Rakyat marah dan memberontak apabila mendengar kata kata dari pegawai British tersebut.

 

CARA BANTAHAN RAJA-RAJA MELAYU

 

PENCERITA: Raja raja Melayu berpakat membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Mereka bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada bulan April 1946. Sultan Perak, Sultan Johor dan Sultan Kedah akan berangkat ke England sekiranya kehadiran Baginda diperlukan di mahkamah tersebut. Mereka mengutus surat bantahan kepada George Henry Hall. Kongres Melayu turut disokong oleh Raja raja Melayu. Kongres ini diadakan untuk menunjukkan kesungguhan orang melayu menolak Malayan Union.

 

 

 

 

PENENTANGAN RAKYAT TERHADAP MALAYAN UNION

 

Rakyat 1: Sedang membaca akhbar majlis mengenai BMA sambil menangis

 

Rakyat 2: Apa yang ditulis dalam surat khabar tu saudari?

 

Rakyat 1: Ini.. BMA siarkan berita gagasan Malayan Union. Mereka ingin kita tahu mengenai rancangan mereka dan mereka sudah berani tunjuk belang kepada kita.

Rakyat 2 : Kita harus lakukan sesuatu. Tanah Melayu telah rosak di tangan mereka dan seluruh rakyat Tanah Melayu perlu bersatu padu melakukan kongres dan melakukan perhimpunan besarbesaran untuk pertahankan Tanah Melayu kita

 

BANTAHAN AKHBAR MELAYU

 

PENCERITA : Akhbar seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Negara (Pulau Pinang) telah menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.

 

Rakyat 1 : Lihattt semuaa! Rakyat kita sudah berani. Lihatlah akhbar ini semua. Bacalah dan ketahuilah Tanah Melayu akan bebas dari cengkaman British yang tak guna itu!

 

Rakyat 1 berteriak dengan bangga kepada orang ramai

 

 

 

 

 

 

 

BANTAHAN CENDEKIAWAN

 

PENCERITA : Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Nik Ahmad Kamil Zaba, Tengku Mohames, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz (Panglim Bukit Gantang). Wan Md Yusof Panglima Kintu. Perak) dan Duto Hamzah Abdullah telah menggerakkan mang Melayu menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi.

 

BANTAHAN WANITA

 

 PENCERITA : Tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah. (Batu Pahat), Halimahton Abd Majid (Rembau). Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin (Selangor), Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid (Perak) dan Hasnah Ishak (Pulau Pinang) merupakan benteng barisan hadapan menentang Malayan Union.

 

BANTAHAN PERSATUAN MELAYU

 

 PENCERITA : Persatuan Malaya seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak, Pesar Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor berjaya menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara dan setiap lapisan masyarakat untuk membantah Malayan Union.

 

 BANTAHAN DI NEGERI KELANTAN, KEDAH DAN JOHOR

 

PENCERITA : Pemimpin persatuan Melayu dan Sultan bekerjasama mengadakan bantahan terhadap kedatangan MacMichael di Kelantan, Kedah dan Johor.

 

 

 

 

BABAK 4

 

MENGADAKAN KONGRES MELAYU

 

Sorakan hebat dari penduduk Tanah Melayu mengenai Kongres Melayu yang diwar- warkan dalam akhbar.

 

PENDUDUK KAMPUNG 1: “Selama hari ini kita telah ‘tidur’ sejak sekian lama dan sekarang tibalah masa untuk kita ‘bangun’ dari tidur ini. Ayuh semua kita tunjukkan bahawa orang Melayu ini berani mempertahankan Tanah Melayu ini”

 

PENDUDUK KAMPUNG 2: “Betul! Cadangan ini merupakan cadangan bernas dari Dato’ Onn. Beliau telah bersusah payah untuk membangkitkan semangat kita menentang penjajah terkutuk Tanah Melayu!” SEMUA

 

PENDUDUK KAMPUNG : “HIDUP MELAYU, HIDUP TANAH MELAYU! BANTAH MALAYAN UNION, BUBARKAN MALAYAN UNION!!”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DEWAN HANG TUAH DI BANDAR HILIR, MELAKA

 

TUNKU ABDUL RAHMAN : “Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya telah menerima surat daripada Oliver Lyttelton, ketua di London dan dia tak setuju apa yang kita mintak dan dia tak mau jumpa kita. Jadi, saya dah berpakat dengan rakanrakan kita untuk sama sama pi London. Harini saya mau tanya saudara semua, setuju ke tidak?”

 

RAKYAT 1 : “SETUJU. KAMI SETUJU TUNKU”

 

RAKYAT 2 : “SETUJUU TUNKU” TUNKU ABDUL RAHMAN : “Kita sebenarnya. Kita tak cukup duit nak pi, kita nak pakai banyak untuk tanggung kami dekat sana. Jadi…. Kami…”

 

RAKYAT 3 : “KAMI AKAN TOLONG TUNKU!”

 

SEMUA ORANG : “MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!”

 

Semua rakyat menolong dengan memberi apa saja yang mereka ada. Rakyat melaungkan merdeka sehingga Tunku Abdul Rahman menitiskan air mata.

 

 

 

 

 

 

 

 

UMNO MENGANJURKAN BANTAHAN SECARA BESAR-BESARAN

 

Tunjuk perasaan besar – besaran di adakan semasa Ahli Parlimen British L.D Gammans dan David Rees Williams membuat tinjauan penentangan Malayan Union.

 

 L.D. GAMMAS : “Saya nampak kesungguhan orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan dan saya tidak rasa ini perkara baik untuk British.”

 

REES WILLIAM : “Ya betul, ada baiknya kita hentikan semua ini kerana lambat laut kita akan jatuh juga.”

 

L.D. Gammas dan Rees William memberi laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan London.

1. Menyatakan bahawa sultan yang tandatangan perjanjian tidak menyedari akibat daripadanya.okong sepenuhnya cadangan Raja – raja

2. Bantahan membuka mata British terhadap keburukan Malayan Union

 

 

RAKYAT TANAH MELAYU : “Kami Berkehendak Naungan, Bukan Penaklukan”

 

RAKYAT TANAH MELAYU : “HIDUP MELAYU” Begitulah ayat yang ditulis di sepanduk mereka. Meluahkan amarah dan semangat yang tengah lama simpan dihati.

 

 

 

RUJUKAN MELAYAN UNION

 

 

*    https://www.irujukan.my/buku-teks-sejarah-tingkatan-4/

 

*    https://www.youtube.com/watch?v=mM7QjH7rzlI&pp=ygUUMTQgUk9NQk9OR0FOIE1FUkRFS0E%3D

 

 

*    https://www.scribd.com/doc/175497758/Skrip

 

*    https://youtu.be/C93P6pKJ5ys

 

*    https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-2/

 

 

 

Comments